Sunday, July 29, 2012

Losing

Hilangnya 2 figura penting dalam hidup tak sampai 2 bulan.Satu cabaran paling hebat dalam hidup sepanjang aku hidup

Saturday, July 28, 2012

Berkat

"Dan apabila terpejamnya mata ibu kamu,maka hilanglah satu berkat di sisi Allah iaitu DOA seorang ibu" :)

Thursday, July 26, 2012

Harapan

Sejak dua menjak ni,semangat makin hilang.Gembirakan diri sendiri.Luar ketawa dalam menangis sapa tau.

p/s:Thanks kat semua kawan-kawan yang support,gelak sama-sama sedih sama-sama.Tuhan jela boleh balas jasa korang.Berkawan biar ramai,tapi pastikan semua kawan ada nilai2 persahabatan macam apa yang kawan2 aku ada.Thanks korang <3

Pesan Ibu

"Nak cari awek,tunggu ibu dah takde baru cari"

"Jangan mengharapkan kat orang tu lama sangat,tak dapat nanti sedih"

"Jangan mandi malam,kurangkan hisap rokok"

ok yang last tu paling susah nak buat

Rindu

I love you.I miss you so much.Ahh bukan kau boleh baca pun,sia2 je aku tulis semua ni..dulu time ada,tak nak cakap,malu konon.Dah takde?Baru ingat?haih :(

Ibu

Jumaat 13 Julai 2012 10:54 pagi Sri Iskandar,Perak 

"Akim,ibu dah takde..."..abah call.

 Kosong.Blank.Menangis.Itu je yang mampu aku buat bila dapat call dari Abah

  Khamis 12 Julai 2012 1:14 tengah hari

"Taw x ibu masuk hospital sarawak..kene serangan jantung" along bbm..

 Aku time tu tgh tidur ponteng kelas Eco,tak tau macam mana bunyi bbm se-slow alam tu boleh bangunkan aku.Sumpah seram gila bila dapat mesej2 macam ni.Macam-macam benda aku fikir.Sakit jantung?Sejak bila ibu ada sakit jantung?Bahaya tak?Kalau jadik apa-apa?sumpah aku belum sedia lagi..Aku pun hisap rokok then pergi mandi.Time mandi lagi macam-macam aku fikir.Dalam air mandi,campur air mata.Dalam otak teringat abah,along,adik.Apa diorang tgh buat?Habis mandi aku call Abah..

 "Betul ke ibu masuk hospital?"
"Aah,dia masuk ICU sakit jantung"

 Bertambah kusut serabut kepala otak ni.Memang aku ni cengeng sikit.Takleh dengar benda2 camni meleleh la air mata.Sapa tak sedih kan mak sendiri tiba2 je masuk hospital.Actually aku sendiri tak tau yang ibu kena outstation pergi Sarawak.Minggu tu aku langsung takde call Ibu.Petang tu,dalam kusut2 tu aku pun pergi la kelas macam biasa.Kelas BEL311.Kat kelas mmg tak boleh nak faham apa2.Otak terpaling gila babi kusut.

Along bbm lagi:
 "Along curi tgk hp abah..abah cari duit..tgh nak pinjam duit kwn2 dia...*censored part*....hospital suruh msukkan 40k utk rwat ibu"

 Lagi bertambah kusut aku..Ya Allah kesiannya abah.Mana nak cari duit sebanyak tu dalam masa yang terdekat.Memang dah blank habis otak aku.Habis kelas BEL hisap rokok lagi.Hisap dan hisap dan hisap sampai tak tau berapa batang aku hisap dah.Then ada koko pulak petang tu.Aqil cakap takyah la pergi tgh kusut2 time2 camnih.Aku pun dalam hati fikir daripada kusut2 baik aku lepak kat koko kelakar2 layan sengal Cik Azim..Syok jugak..Then aku pergilah koko tu..Tgh otw aku tanya la Aqil

 "Weh kalau aku call mak aku skrg ada maslah tak?"
"Call je lah,mak kau kot."

Aqil cakap Aku pun call lah..dengar caller ringtone ibu,lagu Tanpa-Sixth Sense buat aku lagi menangis kat tepi jalan..then ada orang angkat..

"Helo,sapa ni?"
"Ni akim,anak puan zubidah"
"Haaa maaf ye,kak zu dia takleh kacau skrg,dia nak rehat,call petang ye..ibu ok.dia takde masalah,dia dah sihat dah.Jangan risau ye..petang nnt call balik ok"

 Aku pun letak jela..dalam hati aku Alhamdulillah ibu takde apa2.Tapi still kusut lagi sbb dia kat ICU.Macam-macam boleh jadi,tapi time tu aku taknak fikir jauh sgt.Sebab aku mmg tak ready lagi.Dalam kelas Music mmg happening macam biasa,kelakar,enjoy,seronok sampai hilang sikit kusut2 dalam otak ni.Habis koko aku dgn aqil pergi makan kat Uptown..then..

 Uptown,7.10 petang..Ibu call.

 "Ibu,ibu tak sihat ke?"
"Ibu dah ok dah,takyah risau dah ok.Ibu sihat je.Ibu nak akim doakan ibu banyak2 je.Ok ibu nak letak dah ni.Bye"

 Ibu letak.
Last dengar suara ibu.
Last cakap dengan ibu.

 Tapi semua tu aku tak pernah tahu.Tak ambik tahu.Yang aku tau,ibu dah cakap dengan aku.Ibu dah sihat.Ibu takde apa-apa.Dia boleh balik rumah bila-bila je dari sekarang. Hati memang rasa tenang,bebas.Dah tak kusut macam tadi.Even masih takut-takut,tapi aku tolak tepi semua risau tu.Positifkan diri la konon.Aku call Abah,abah cakap takyah risau..doakan ibu supaya cepat sembuh je.Ok la aku cakap.Malam tu aku pun packing2 barang nak balik rumah.Abah cakap flight dia hari Jumaat pukul 1 ke Sarawak sbb nak uruskan urusan hospital semua.So memang aku target gerak pagi esok,nak jumpa abah before dia flight.Malam tu macam biasa jela..nak tidur tak boleh..last2 dapat tidur sejam stgh je..ok la tu.. 


Jumaat 13 Julai 2012 8.00-10.00 pagi Sri Iskandar,Perak

 Abah mesej.

 "Takyah baliklah kim Takde org kat rumah"
"Along adik?"
"Adik antar kg"
"Kalau balik kejap jumpa abah before gerak?"
"Takpe Takde apa2"
"Tp akim dah otw dah ni.."part ni aku tipu bapak aku padahal kat uitm lagi
 "Kat ne"
"Dah keluar tol"
"Tak smptlah bahaya Pusing balik takpe"
"K"

 Aku dah tak tau nak cakap apa lagi dah kat abah,so kesudahannya tak jadi balik.Then aku pergi Uptown makan dgn Hazim.Tgh makan tu,aku fikir satu je time tu.Adik aku.Tak dapat bayangkan kalau umur aku macam dia,then kena benda2 macam ni.Aku msej Abah nak cakap dgn adik.Adik call.Time tu aku mmg takleh cakap apa..haha menangis lagi kat Uptown tu.Cakap sikit then aku terus letak.Takleh tahan ooooo sumpah kuat gila menangis aku ni haha.

 Then balik bila.Tukar plan sbb tak jadi balik.Otak dah kusut balik time ni.Dengan mengantuknya,penyudahnya aku ambik keputusan nak pergi Penang sbb ada Northern Music Festival time tuh.Memang dah plan dari bulan lepas dah nak pergi.Tapi sbb jadik macam ni cancel.Tapi mmg aku dah nekad pagi tu.Memang nak pergi je.Apa nak jadi,jadilah.Lepas dah kemas2 barang,main la PES dengan Aqil & Hazim.Tengah syok2 main,Abah pun call.......................

 "...."
"Helo,kenapa bah?"
"Akim,Ibu dah takde."

 Okay blank kosong gua yang lemah ni pun tak tau nak reaksi apa dah.Reaksi standart ala2 drama Melayu kat TV tu la..apa lagi kan.Aku call handphone Ibu,lagu Tanpa tu keluar,tapi takde orang angkat..Lepas tu aku dah tak ingat apa2 dah.Apa yang aku ingat aku dah dalam kereta,keluar UiTM otw nak balik.Hazim drive.

 bersambung..*dah macam movie la pulak kan lol*

*Dialog2,mesej semua bukan cobaaan.Ini betul2 huhu

Friday, September 16, 2011

YES!!!

terkantoi akhirnya!akhir ke?haha mungkin!:))))

Tuesday, September 13, 2011

Raya?Merdeka?

Yes mungkin belum terlambat lagi nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari hujung rambut sampai hujung kaki:)

Yes dan selamat menyambut hari Kemerdekaan!Merdeka?*middlefinger!!
bullshit kita merdeka apa kalau merdeka dapat dari British!so my ass Gov!

Study Week?or Study Weak?

Yeah benda paling bullshit hari ni adalah,aku dapat msej:

"esok takde kelas stat..tukar hari khmis.."..=.=

memang paling palat la kan bila dah elok2 plan nak balik rabu then ade kelas hari kamis.Sori my lovely Miss Juliza,i can't attend the class haha!!saya nak ponteng nak balik Bangi nak rilek utk STUDY WEEK!

Study week?apa maksud study week?minggu study?ataupun minggu takde class yang mana student2 universiti boleh balik dan lepak dgn kawan,tgk wayang,pegi shopping,tido lama2,tgk bola sampai lebam,tido 24 jam straight non-stop??

Yes aku lagi prefer yang second tu.So HAPPY STUDY WEEK for UiTM students:)!!Selamat Hari Raya Aidilfitri!

The Comeback

Assalamualaikum.lama rasa tak berblogging ni kan haha entahlah dulu aku rasa macam takde keperluan pun nak berblog2 ni sebenarnya,just nak ikut trend je.Tapi bila baca2 balik post2 dulu,yes mmg perlu pon kadang2!So mulai harini,aku kene lagi rajin dan rajin dan rajin untuk menulis blog yg lebih bersifat ke-MATANG-an .So no more "childish" akim,yang ada skrg "UNIVERSITY" akim.:)hehe apapun,semua benda yang dah lepas kita kena simpan sebagai memori,jgn buang macam tu je sbb benda lepas yang mengajar kita untuk jadik sekarang ni,sapa kita skrg,apa kita buat dll.hehe orait thats all!thanks mikee:)

"When we hold back on life,life holds us back"

Saturday, July 17, 2010

PLKN

Tahniah 93100201***7 terpilih menyertai PLKN Siri 8/2011.

:)Selamat tinggal Malaysia.
HHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHA



sial laa..=.=

Monday, May 31, 2010

Exam

haha..seminggu lagi.Pastuh kita cuti..sape nak follow aku karoke kat redbox??

mesti xde sape yang nak!:(((

Friday, May 21, 2010

Exam

orait..so far..exam sume ok2 belaka..x susah x sng..
BM BI MATH...boleh la tuh..ahha..

esok sejarah..insyaallah bleh..huhu..tuh jek.babai

Thursday, April 22, 2010

SPM2..

Semakin yakin except for sejarah biologos dan quran sunnah berserta syariahhhh

Saturday, April 17, 2010

Atok...

Hari jumaat lepas,lepas 2 hari x datang sekolah,aku semangat nak bangun pagi jumaat pasal nak g skola awal..nama da naik da asyik datang lewat..pastuh aku set alarm pukul 6.30.Tapi masa pkul 4 pagi,mak aku kejut.Aku tanye ar,"apesal kejut awal sgt??"..mak aku diam jap..pastuh die cakap,"Tok Sopiah meninggal.",aku cam terdiam..sbb tgh mamai..aku cam x rasa ape sgt ar..mak aku suruh bangun mandi..aku cakap ok..pastuh sambung tido balik.pkul 5 mak aku kejut balik..suruh mandi semyang subuh sume siap2 sbb nak balik kampung...aku pon bangun ar...aku on9 fb jap..tulis kat status..mesej najmi cakap aku x datang skola lagi...pastuh tunggu abg aku abis mandi..bapak lama die mandi..mandi wajib kot.aahaa..aku pon tertido atas sofa....pkul 6 bapak aku kejut plak..die da marah2 da..suruh aku siap cepat..aku pon mandi la..kemas2 baju ngan bilik..dalam pkul 6.30 pagi camtuh kitroang gerak.Ape yang aku tau..atok start sakit seminggu sebelum die meninggal.die mmg ade penyakit reput tulang lame da..pastuh ari tuh die demamm panas teruk.pakcik aku bwk die g Hospital Pantai,Melaka.mak ngan bapak aku balik kg jap tp aku x follow sbb ade kelas.:((..pastuh kitorang sampai dalam pkul 8.45..haaa..kampung aku kat Muar,johor.sampai sampai kitorang terus masuk rumah tgk jenazah..masa makcik aku bukak kain yang tutup muka atok aku tuh...aku mmg sebak gile..sbb last jumpe die raya ari tuh..sedih gak ar..tp bile aku tgk muke die..itulah first time aku tgk macam arwah senyum..sebelum ni asyik baca dalam buku jek...x pernah tgk sendiri..tp ari tuh mmg aku cam trdiam jap..tenang jek muke arwahh..time tuh aku mmg da x tahan da...aku lepak luar rumah ngan kazen aku sbb kat dalam orang pompuan jek..lepas semayang dalam pkul 10.30 camtuh..jenazah dibawak naik van g tanah perkuburan.. x jauh dari rumah.lepas da selesai sume...kitorng balik umah..dalam pkul 4 camtuh.aku ngan abg aku balik Bangi dulu sbb ade keje nak wat..so,itu jek aku nak cite..

*Atok yang aku cite nih nama die Hajah Sofiah binti Haji Anuar@Tok Sopiah.Arwah ni mak kepada bapak aku.Dia meninggal dunia dalam tidur pukul 3 pagi hari Jumaat.Apa yang aku tau,orang yang meninggal dunia hari jumaat terlepas dari seksa kubur insyaallah.Al-Fatihah.

Lesson for the season

Seteruk-teruk orang tuh...die still ade perasaan lagik.Cubela dgr ape yang die nak bagitau.Jangan terus cakap 'x'.Kalau orang putih cakap..ape tuhh.."don't judge a book by its cover."..tuh jek..babai

Thursday, April 15, 2010

GLEEk!!!!


Lepas tgk cite nih..aku jadik seorang yang batak sampai sanggup ponteng skola sbb nak tgk ulangan cite nih.Katne nak download cite nih???nak letak kat ipod..haha..boleh tgk ulang2..:DDDDDDDDD

I gotta Feeling

Perasaan ketika ini seperti ingin menyanyi di RedBox Pavi selama 8 jam non-stop seperti dulu-dulu.



Wednesday, April 14, 2010

Sekali lagi

Macam mana nak flirt gadis dengan cara yang betul ar??huhuhh

Sedih2

Bila baca balik post2 bulan Julai tahun lepas,rasa cam sebak pon ade gak.haih..malam nih melayan perasaan jek la..Azizul..aku rindu gile doh kat kauuuuu..Al-Fatihah.